Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Remaja perempuan lalok mengaku ambil pil terlarang


 Sebagai orang tua, tindakan serta pergerakan anak-anak haruslah diambil tahu supaya mereka tidak melakukan perkara diluar jangkaan.

Lebih-lebih lagi jika kita melihat anak remaja yang sedang mengenal dunia bergaul dengan mereka yang kurang berakhlak sehingga menjurus ke arah perbuatan yang kurang baik.

Hal tersebut amat membimbangkan jika mereka terjebak dengan gejala tidak sihat seperti pergaulan bebas, menghisap dadah ataupun masalah moral yang lain.

Datang dalam keadaan khayal

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nrathirah_m, memaparkan keadaan seorang remaja perempuan yang berdiri terhuyung hayang sambil cuba membuat panggilan telefon di kedainya.

Menurut pengguna TikTok itu, pada awalnya remaja tersebut dan seorang lagi teman telah menghubungi adik lelakinya untuk meminta bantuan menghantar pulang ke rumah.

Disebabkan itu, adiknya telah meminta bantuan @nrathirah_m untuk menjemput remaja-remaja tersebut. Oleh itu, dia membuat syarat supaya membantunya dahulu di kedai sebelum menghantar pulang ke rumah orang tua mereka.

"Aku dengan adik lelaki aku dan anak buah aku tengah buat kerja dekat kedai kakak aku lipat kain. Diorang dua orang. Seorang tak khayal, yang seorang tu call adik aku suruh ambil diorang dekat sebuah rumah hantar diorang balik ke rumah diorang. Jadi adik aku minta tolong aku ambil diorang.

"Okey boleh, aku ambil diorang tapi hantar lewat sikit sebab nak settle kerja dekat kedai. Aku pun pergi ambil dari kedai kakak aku, dalam 10 minit sampai dekat diorang dengan syarat tolong aku lipat kain dekat kedai.

"Diorang okey dan aku ambil diorang dekat sebuah rumah ada lelaki yang bawa diorang dan tinggal macam tu saja." tulisnya.

Apa yang membuatkan pengguna TikTok terkejut adalah mereka dijemput di sebuah rumah yang ada lelaki dan ketika berada di kedai salah seorang berada dalam keadaan khayal.

Difahamkan mereka juga sudah tidak pulang semalaman di rumah. Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh remaja terbabit ketika meminta tolong menghantar pulang.

"Sampai dekat kedai, seorang budak jadi macam ni (lalok). Masa ni kami takut sangat tak tahu nak buat apa, sampai adik aku nak letak je budak ni dekat mana-mana.



"Lepastu member dia yang sorang tu tolong aku lipat kain, dah siap aku hantar diorang dengan selamat. Rupanya dah semalaman diorang tak balik. Allahu! Mak ayah diorang tak risau ke?" Ujar pengguna TikTok 


Meninjau ke ruang komen, @nrathirah_m menjelaskan mengapa dia tidak menghantar remaja tersebut ke balai polis adalah disebabkan rasa simpati.

Mereka juga khuatir dipersalahkan kerana remaja tersebut mengaku mengambil bahan terlarang.






Perkongsian tersebut telah membuatkan banyak pihak berasa sedih melihat keadaan anak muda seperti itu yang menjerumuskan diri ke lembah yang tidak sihat.

Pada masa yang sama, mereka turut berharap supaya ibu bapa sentiasa memantau anak-anak terutama golongan remaja supaya tidak terjebak dengan perkara tidak diingini.


Dengan itu, perkongsian yang dibuat hanya menunjukan keadaan remaja perempuan tersebut dan tindakan lanjut mereka tidak dapat dipastikan.

Seeloknya, perkara sebegini dimaklumkan kepada penjaga dan berharap mereka segera mengambil tindakan supaya remaja terbabit tidak terus tersasar dari kehidupan yang normal.

SUMBER : TikTok @nrathirah_m

Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.



Posting Komentar untuk "Remaja perempuan lalok mengaku ambil pil terlarang"