Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Wanita dakwa rumah tangga disihir, nenek tukang cuci hospital 'kebas' suami

Setiap rumah tangga menginginkan keluarga bahagia dan harmoni lagi-lagi seorang isteri yang sanggup susah senang bersama suaminya dari bawah, namun ada sahaja ujian dan dugaan yang mendatang tanpa dipinta.

Bagaimanapun, pastinya hati seorang isteri akan teramat luluh apabila rumah tangga yang dibina selama lima tahun dengan penceraian gara-gara orang ketiga.

Menerusi satu perkongsian di laman Facabook, wanita mendakwa rumah tangganya musnah akibat perbuatan sihir sehingga bekas suaminya seolah-olah 'gila bayang' terhadap orang ketiga berkenaan.

Malah, wanita tersebut menyatakan bahawa bekas suaminya telah berkahwin dengan orang ketiga itu yang didakwa merupakan seorang tukang cuci di sebuah hospital di Klang, Selangor pada April lalu.

Melalui perkongsian yang dikongsi wanita tersebut, dia tidak menceritakan secara terperinci bagaimana boleh terjadi tragedi hitam itu sebaliknya sekadar meluahkan kekecewaan atas kegagalan rumah tangganya.

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian ramai dengan dikongsi 6,500 kali dan mendapat tanda suka lebih 3,000.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata netizen simpati dengan nasib menimpa wanita terbabit.

SUMBER : Facebook

Posting Komentar untuk "Wanita dakwa rumah tangga disihir, nenek tukang cuci hospital 'kebas' suami"