Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Doktor pakar kantoi masukkan kemaluan dalam mulut pesakit akhirnya terima padah

Memiliki pendidikan dan ilmu yang tinggi adalah suatu kelebihan terpandang, namun tidak semestinya mempunyai pemikiran yang bijak dan sikap yang kurang beradab.

Video dibawah

Baru-baru ini, kecoh di media sosial tindakan seorang doktor pakar bius di Brazil memasukkan alat sulitnya ke dalam mulut seorang wanita yang sedang bertarung nyawa melahirkan anak dengan kaedah czer telah mengundang kemarahan orang ramai.

Menerusi video yang di muat naik, lelaki yang dikenali sebagai Giovanni Quintella Bezerra itu telah membuka zip seluar kemudian mengeluarkan kemaluannya dan disumbat ke dalam mulut pesakit wanita yang tidak sedarkan diri selepas dibius.



Kegiatan terkutuk dan memalukan lelaki itu terbongkar apabila staf perubatan yang lain merakam perbuatannya secara bersembunyi selepas melihat gerak-gerinya yang mencurigakan ketika dalam bilik pembedahan di sebuah hospital.

Bukan itu sahaja, petugas perubatan yang sedang menjalankan pembedahan ketika itu tidak sedar akan tindakan lelaki berusia 32 tahun kerana terselindung di sebalik kain yang menghalang pandangan pesakit daripada melihat proses pembedahan czer.

Sebaik selesai melakukan perbuatan keji itu selama lima minit, dia membersihkan bahagian mulut pesakit wanita itu untuk menghilangkan bukti dan meminta suami kepada wanita malang tersebut menunggu di luar selepas bayi berjaya dilahirkan.

Susulan rakaman video tular itu, lelaki tersebut telah ditahan dan didakwa dalam aktiviti pemerkosaan, dengan itu dia bakal berhadapan dengan hukuman penjara 8 hingga 15 tahun jika disabit kesalahan.

SUMBER : Twitter

Posting Komentar untuk "Doktor pakar kantoi masukkan kemaluan dalam mulut pesakit akhirnya terima padah"