“serumah pun tak bercakap, dia terperap dlm bilik….” – Tak tahan dgn ayat putar belit suami, akhirnya Putri Sarah d3dahkn perangai sbnr syamsul.
“serumah pun tak bercakap, dia terperap dlm bilik….” – Tak tahan dgn ayat putar belit suami, akhirnya Putri Sarah d3dahkn perangai sbnr syamsul.
Susulan pendedahan pengarah terkenal Syamsul Yusof bahawa dia sudah bernikah dengan Ira Kazar, aktres Puteri Sarah mengucapkan terima kasih kepada suaminya akhirnya membuat pengakuan tersebut.
Memetik Harian Metro, Puteri Sarah turut berterima kasih kepada suaminya itu kerana mengkhianatinya serta memberitahu mempunyai bukti mengenai hubungan mereka.
“Saya berterima kasih kepada Syamsul kerana akhirnya mengaku sudah berkahwin. Dalam masa sama, saya berterima kasih kerana mengkhianati saya dengan memutarbelit fakta sebenar apa yang berlaku.
“Tapi tak mengapa saya ada semua bukti membabitkan hubungan mereka. Jadi kita tunggu di mahkamah,” katanya.
Menurut Sara lagi, suaminya sepatutnya bersikap gentleman serta berterus terang untuk menyesaikan masalah tersebut. Sarah turut mendedahkan suaminya telah menyekat nombor telefonnya sejak setahun lalu.
“Sebelum dia ajak saya balik rumah untuk berbincang saya nak tanya dia balik kenapa selama ini diam? Kenapa baru sekarang nak mempersoalkan? Dan siapa yang keluar rumah dulu?
“Kami serumah pun tak bercakap. Dia duduk terperap dalam bilik sedangkan isu dalaman rumah tangga sudah lama sejak saya tahu hubungan dengan wanita itu. Kenapa ketika itu dia tidak cuba berterus terang dan menyelesaikan masalah ini?
“Kenapa dibiarkan berlarutan sampaikan dah kahwin pun saya tahu dari media sosial. Kenapa tak hubungi atau cari saya di rumah keluarganya saja. Jangan cakap saya tak cari sedangkan dia ‘block’ nombor telefon saya sejak setahun lalu.
“Tolonglah saya merayu jangan bermuka-muka atau bersikap naif dalam isu ini. Kita sudah matang dan kamu sebagai ketua keluarga sepatutnya lebih bijak dalam menangani masalah yang kamu cari,” katanya
Sementara itu, Puteri Sarah berkata tuduhan suaminya mendakwa dia keluar rumah dan membawa anak-anak tanpa keizinannya adalah tidak berasas kerana dia dan anak-anak hanya berada di rumah mentua.
“Saya tidak lari ke mana-mana. Saya ada di rumah mentua dan sesekali di rumah mak ayah saya. Anak-anak juga di situ. Kenapa tak datang? Pernah ke datang? Malah ketika kami nak menunaikan umrah tahun lalu, adakah patut dia minta keluarga mentua membawa anak-anak pergi berjumpa dengannya.
“Sepatutnya dialah yang datang ke rumah keluarga untuk berjumpa anak-anak. Selama ini bukan saya tak nak berbincang, malah keluarga juga sedaya upaya menasihatinya,” katanya.
Dalam pada itu, Sarah berkata dia pernah bertanyakan kepada suami sama ada mahu berkahwin dengan wanita itu atau pun tidak, namun Syamsul mengatakan tidak mahu.
Kata Sarah lagi, disebabkan keputusan Syamsul berkahwin dengan Ira di Thailand, isteri barunya itu melanggar perintah injuksi seperti yang difailkan olehnya tahun lalu.
“Saya dah pernah tanya banyak kali sama ada nak berkahwin dengan Ira ataupun tidak, tapi dia tidak mengaku dan beberapa kali dia tidak mahu berkahwin dengan Ira.
“Kalau mengaku dari awal tidaklah saya perlu saya turun naik mahkamah dan pergi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk membuat laporan terhadap gangguan yang dibuat oleh wanita itu.
“Sekarang ini isteri baru anda sudah menghina mahkamah dengan melanggar perintah injuksi. Apapun saya jumpa isteri baru anda di mahkamah,” katanya.
Sumber : Rotikaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
Posting Komentar untuk "“serumah pun tak bercakap, dia terperap dlm bilik….” – Tak tahan dgn ayat putar belit suami, akhirnya Putri Sarah d3dahkn perangai sbnr syamsul."