Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Alhamdulillah dapat restu “Dia Org Biasa Sahaja, Dia Pilihan Ibu Saya..”- Akhirnya Shuib Mengaku Tentang Wanita Ini

Genap setahun bergelar bapa tvnggal kepada empat cahaya mata, pelawak dan usahawan popular, Shuib Sepahtu mengakui dirinya kini sedang mengenal h4ti budi seseorang.

Menerusi temu bual bersama Melodi yang disiarkan semalam, Shuib mengakui takvt untuk bercakap soal jod0h apatah lagi mereka masih dalam proses berkenalan.

Secara jujurnya, saya ada mengenali hati seseorang, Insya-Allah. Saya tak berani nak komen bila akan berkahwin sebab jod0h, aj4l dan pertemuan ini di tangan Tuhan. Saya takvt betul nak bercakap mengenai ini (j0doh) sebenarnya.

“Kalau ada (jod0h) saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja,” katanya.


Dalam pada itu, Shuib mended4hkan wanita tersebut hanya orang biasa dan bukan dalam kalangan industri seni.

“Dia orang biasa-biasa sahaja. Dia pilihan ibu saya,” katanya.

Terdahulu, Shuib pernah dikaitkan dengan pelakon Zara Zya dan Wan Sharmila. Namun, Shuib menjelaskan mereka hanya rakan industri sahaja.

Wan Sharmila, Shuib tak ada apa-apa

Pelakon, Wan Sharmila mengakui selesa dengan keluarga pelawak dan pelakon popular, Shuib namun menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar rakan dalam industri hiburan.

Wan Sharmila yang mesra disapa Lala ketika dihubungi berkata, dia juga pernah bekerjasama dengan Shuib.

“Berkaitan khabar angin itu, rasanya Shuib pun ada keluarkan kenyataan bahawa kami hanyalah rakan dalam industri hiburan. Saya pun pernah berjumpa keluarga serta anak-anaknya sebab kami memang kenal dan pernah bekerjasama,” katanya kepada Harian Metro.

Nama Wan Sharmila mula menjadi sebutan ramai dan dikaitkan dengan Shuib selepas beberapa foto dan video dimuat naik ke Instagram ibu Shuib ketika dia hadir ke majlis bacaan tahlil sempena pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin baru-baru ini.

Ibu Shuib, Salamiah Jalani juga kelihatan gembira dan selesa dengan kehadiran Wan Sharmila yang juga kelihatan mesra melayan anak-anak Shuib.

“Alhamdulillah, saya rasa senang terutamanya apabila dapat berjumpa dengan orang yang lebih tua daripada saya. Ibu Shuib pun selesa dengan saya dan bagi saya, saya selesa kerana dia sebagai orang yang lebih tua menunjukkan sikap positif kepada saya. Sekurang-kurangnya dapat juga saya menambah kawan,” katanya.

Posting Komentar untuk "Alhamdulillah dapat restu “Dia Org Biasa Sahaja, Dia Pilihan Ibu Saya..”- Akhirnya Shuib Mengaku Tentang Wanita Ini"