Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

TANGIS PILU😭 Perut Bayi Ini Penuh Dengan Nan4h, Ternyata Karena Kebiasaan Buruk Sang Ibu! Pelajaran Buat Kita Semua..

Baru-baru ini, sebuah hospital di bandar Huzhou berkata terdapat 3 kes kanak-kanak berumur 3 tahun menghidap penyakit ulser duodenal.


 Ulser duodenal adalah luka terbuka yang berlaku pada lapisan dalam perut dan bahagian atas usus kecil.  Secara umumnya, perut akan menghasilkan asid yang berfungsi untuk mencerna makanan dan membunuh bakteria dalam makanan.



 Dinding dalam perut akan membentuk lapisan pelindung semulajadi dalam bentuk lendir.  Lendir ini berfungsi dengan melindungi lapisan perut daripada asid perut yang menghakis.  Tetapi jika dijangkiti bakteria, lapisan dinding perut akan rosak.  Akibatnya, asid perut akan merosakkan lapisan pelindung mukus dan dinding perut, menyebabkan keradangan dan luka terbuka di dalam perut.



Penyakit ini boleh membawa maut dan biasanya hanya berlaku pada orang dewasa.  Kenapa sekarang boleh berlaku kepada kanak-kanak kecil?  Perut yang penuh dengan nanah sangat berbahaya untuk kanak-kanak berumur 3 tahun.



 Salah seorang ibu yang anaknya menghidap penyakit itu berkata, perut anaknya Mina sangat pedih.  Pada pukul 12 malam, mukanya menjadi hitam.  Pada mulanya, dia menyangka Mina hanya sakit perut biasa.  Tapi bila doktor cakap result, terkejut tak main.  Selepas melakukan pemeriksaan laparoskopi (teknik melihat ke dalam perut tanpa melakukan pembedahan besar), doktor memberitahu Mina mengalami ulser duodenal dan perutnya penuh dengan nanah.



 Doktor mencadangkan pembedahan segera.  Sekiranya tiada pembedahan segera, keradangan dalam perut Mina akan menjadi lebih teruk dan akhirnya mengancam nyawa Mina.  Mina kembali sihat dan boleh keluar dari hospital selepas 8 hari.



 “Ibu bapa boleh mengunyah makanan atau meniup makanan untuk anak.  Tetapi tingkah laku seperti ini menyebabkan kanak-kanak menderita penyakit usus.  doktor menjelaskan.



 Tingkah laku seperti mengunyah makanan atau meniup makanan boleh menyebabkan kanak-kanak dijangkiti bakteria H. Pylori.  Ramai ibu bapa takut anak tidak boleh mengunyah makanan, jadi ibu bapa membantu anak mengunyah makanan.  Tetapi bukannya membantu, ini sebenarnya boleh membahayakan kanak-kanak itu.



 Menurut kajian saintifik terkini, bakteria H. Pylori boleh merebak melalui plak pada gigi dan air liur.  Mulut dewasa mempunyai banyak bakteria.  Walaupun terdapat bakteria berfaedah, terdapat lebih banyak bakteria berbahaya.  Dengan tingkah laku mengunyah dan meniup makanan kanak-kanak, bakteria akan merebak melalui air liur orang dewasa.  Dan kemudian sampai ke saluran pencernaan kanak-kanak.



 Bagi kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang lemah, ia sangat berbahaya.  Beberapa lama kemudian, kanak-kanak itu berkemungkinan menghidap penyakit usus.  Selain itu, kerap mengambil makanan yang tidak sihat seperti mee segera atau tidak bersarapan juga merupakan salah satu punca kerosakan mukosa gastrik.

Posting Komentar untuk "TANGIS PILU😭 Perut Bayi Ini Penuh Dengan Nan4h, Ternyata Karena Kebiasaan Buruk Sang Ibu! Pelajaran Buat Kita Semua.."