Mungkin juga kita sekarang sedang dikifarah – Kazar Saisi.
Mungkin juga kita sekarang sedang dikifarah – Kazar Saisi.
Mungkin juga kita sekarang sedang dikifarah – Kazar Saisi.
Antara yang teruk dikecam adalah isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar yang juga anak kepada aktor senior, Kazar Saisi selepas dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah.
Sebarang perkongsian di media sosial melibatkan Ira dan juga Kazar kerap kali menjadi perhatian ramai.
Terbaru, Kazar telah memuat naik semula video berkenaan ‘karma’ yang dihadapi kereta di dalam video yang dikongsikan di Instagramnya.
Mungkin kita sedang hadapi kifarah
Di akhir penulisannya, dia seakan muhasabah diri dengan mengatakan mungkin juga kita sedang menghadapi kifarah dan mudah-mudahan kita semua diberika keredaan yang ikhlas.
“Mungkin juga kita sekarang sedang dikifarah…mudah-mudahan kita semua dikurniakan keredhaan yang ikhlas,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, kiasan yang dibuat Kazar tidak dapat dipastikan tujuannya dan boleh jadi ia sekadar menulis kata-kata motivasi untuk dirinya sendiri atau buat peminat-peminat yang mengikuti media sosialnya.
Posting Komentar untuk "Mungkin juga kita sekarang sedang dikifarah – Kazar Saisi."