Mengamuk Bentak Tanpa Ampun "Bila kaya dia bongkak, nescaya dia akan….” UKE tegur & beri amar4n keras kepada Ifa Raziah Baby Shima Elyana dan Aliff Syukri.."
Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki tampil memberikan teguran terhadap penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah disebabkan kenyataannya yang hanya akan bergelek sekiranya diberikan bayaran ketika melakukan sesi live di Tiktok baru-baru ini.
“Kau Ingat Gelek Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke?”Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah dari manakah ia mendapatkan harta dan ke mana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah.
“Tak semua yang boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang dibimbang jika yang masuk duit itu membawa kepada kecelakaan di masa depan kita.
Setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah. Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek-goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih-lebih lagi hartanya dari sumber menggolek menggelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini.
Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke? Bangganya kau..!!”-Tegur Ustaz Ahmad Dusuki
Kalau nak berdakwah, jangan pilih bulu – Ifa Raziah
Penyanyi dangdut, Ifa Raziah berpendapat, pendakwah tidak seharusnya bersikap memilih bulu, sebaliknya perlu adil dalam memberikan teguran untuk kebaikan semua pihak.
Ifa berkata, dia keliru apabila segelintir pendakwah begitu lantang memberikan teguran atau komen melibatkan isu selebriti, namun berdiam diri ketika kontroversi menerpa rakan seperjuangan mereka.
Katanya, sebagai pendakwah, mereka seharusnya mengajak orang melakukan kebaikan dan tidak memilih bulu apabila menegur serta menyampaikan ajaran Islam.
“Apabila ada isu tular melibatkan selebriti, laju saja beri komen seolah-olah saya ini penjenayah dan pembunuh. Tetapi, apabila ada pendakwah yang buat hal, senyap pula.
“Langsung tiada sebarang ulasan mahupun tarbiah yang dikeluarkan di media sosial mereka. Saya hairan mengapa ada sikap prejudis seperti ini.
“Jika ada niat nak berdakwah, janganlah pilih bulu. Buatlah secara menyeluruh. Itu baru betul dakwah yang sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Ifa, baru-baru ini dikecam ramai, termasuk ditegur pendakwah kerana mempertahankan tindakannya bergelek ketika membuat persembahan.
Penyanyi itu berkata, gelekan itu yang membawa rezeki sehingga ada pihak yang sanggup membayar puluhan ribu ringgit untuk sebuah persembahan.
Dalam pada itu, Ifa berkata, sebagai hamba Allah, dia juga berusaha menjaga hubungan dengan Tuhan. Meskipun dipandang hina manusia, Ifa sentiasa berusaha memperbaiki amalan sebagai bekalan pada kemudian hari.
“Tiada siapa yang tahu kedudukan kita pada mata-Nya. Mereka bercakap seolah-olah duduk serumah dengan saya. Mereka ingat saya free hair, saya tak solat.
“Memang amalan kita tak perlu tunjuk, tapi saya muat naik juga rakaman saya mengerjakan solat sebab geram sangat. Orang kata saya cabar Tuhan, saya ahli neraka. Tapi, saya tidak lupa solat sebaik saja masuk waktu. Saya ingat Allah,” katanya.
Sementara itu, ditanya adakah dia akan memaafkan mereka yang selama ini terus menerus mengecam serta menghinanya Ifa menjawab;
“Maafkan? Tidak. Sekolahkan mereka balik pun tidak. Tunggulah di Padang Mahsyar nanti.”
Sumber: utusan
Terdahulu,
Terbaharu, usahawan kontroversi, Aliff Syukri memaklumkan dia akan tetap melancarkan lagu terbaharunya yang berjudul Baby Sayang meskipun sebelum ini mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Aliff di laman TikToknya, dia bersama Baby Shima kelihatan sedang bersanding di sebuah pelamin dengan memakai baju pengantin serba lengkap yang dipercayai sebahagian daripada babak muzik video Baby sayang itu.
Ujar Aliff di ruangan kapsyen, segala kegelisahan yang dialami oleh rakyat Malaysia berkaitan lagu terbaharunya itu akan terjawab apabila dia mengambil keputusan untuk melancarkan lagu tersebut pada hari ini, jam 12 tengah hari di saluran YouTube, Tv Terlajak Laris.
Lakonan dia menjadi, habis satu Malaysia tertipu!
Keputusan yang dilakukan oleh usahawan yang berusia 35 tahun itu telah mencetuskan kemarahan ramai dan menyifatkan dia telah mempermainkan rakyat Malaysia dengan drama air matanya yang memohon maaf kepada umum berkaitan muzik videonya itu, sebelum ini.
Apa lah perasaan isteri dia tengok perangai Alif macam ni
Bukan itu sahaja, dalam babak muzik video yang dimuat naiknya itu terlihat jelas aksi mesra dia bersama Baby Shima di mana penyanyi dangdut sensasi itu seakan memeluk tubuh Aliff ketika berada di atas pelamin.
Susulan itu, rata-rata netizen menyelar tindakan dua selebriti tersebut yang tidak menjaga maruah serta batas masing-masing tambahan pula status Aliff sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anaknya.
Terdahulu, Aliff tampil memohon maaf secara terbuka di laman Instagramnya kepada umum terutama ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu.
Malah, dia juga mengambil keputusan untuk mengundur diri dari dunia media sosial demi menjaga nama baik ibu tercinta, isteri dan anak-anaknya.
Sumber: TikTok @aliffsyukriterlajaklaris
Posting Komentar untuk "Mengamuk Bentak Tanpa Ampun "Bila kaya dia bongkak, nescaya dia akan….” UKE tegur & beri amar4n keras kepada Ifa Raziah Baby Shima Elyana dan Aliff Syukri..""