KP Veterinar ditamat kontrak, bekalan ayam kembali stabil, syarikat 'kartel' bersedih
Ramai bersorak Ketua Pegawai ‘Kartel’ tidak disambung kontrak. Kartel daging, ayam & pengimport yang menjadi penjaga KP Veterinar bersedih. Tapi rakyat untung bekalan & harga ayam kembali stabil. Pelobi mahu teruskan legasi 'Kartel'
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dato' Dr. Norlizan Bin Mohd Noor telah ditamatkan kontrak 30 jun lalu yang sepatutnya tamat ogos ini.
Dr. Norlizan Bin Mohd Noor yang sepatutnya bersara ogos tahun 2021 disambung secara kontrak untuk menguruskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar namun menjadi liabliti kepada kerajaan. Beliau dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab akhirnya apabila sibuk mengumpul peluang sebelum bersara.
Isu kartel ayam dan kartel daging ‘Alana’ sebelum ini berpunca daripada kegagalannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang bersekongkol dengan kartel-kartel ini.
Isu harga ayam melambung, kelewatan membayar subsidi kepada penternak, melindungi syarikat penternak tertentu dan kartel pengimport semuanya didalangi oleh Bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang ditatang penuh oleh syarikat kartel.
Dalam isu pembayaran subsidi kepada syarikat, kartel pegawai Jabatan Veteriner dilaporkan hanya melayan syarikat-syarikat yang rapat dengan mereka. Jika tiada ‘kabel’ sampai bertanduklah bayaran subsidi diterima.Bayangkan RM700 juta subsidi tetapi berapa peratus saja diluluskan.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan SPRM wajar menyiasat pendapatan pegawai dan bekas pegawai Veteriner. Menurut sumber SPRM sendiri ramai Bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pegawai yang terlibat dengan kartel ayam dan daging kaya raya.
Pendek kata Ketua Kartel sebenar ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Oleh itu dengan penamatan Dato' Dr. Norlizan Mohd Noor sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veteriner diharap akan mampu menyelesaikan masalah bekalan ayam dan daging di negara ini.
Hari inipun dilaporkan harga ayam semakin stabil kerana usaha berterusan Datuk Seri Ronald Kiandee Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama penternak dan pemain industri memastikan isu-isu berkaitan diselesaikan.
Para penternak ayam juga mematuhi harga siling jualan ayam segar di peringkat ladang iaitu RM6 bagi setiap sekilogram seperti yang dikuatkuasakan kerajaan pada 1 Julai lalu.
Penternak menjual harga ayam segar kurang daripada kadar harga yang ditetapkan iaitu pada harga diantara RM5.85 ke RM5.95 sekilogram.
Posting Komentar untuk "KP Veterinar ditamat kontrak, bekalan ayam kembali stabil, syarikat 'kartel' bersedih"