Kuala Lumpur: Suami pelakon Anita Baharom iaitu Ismadi Ismail, 50, disahkan meninggal dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, jam 8 pagi, hari ini.

Anita ketika dihubungi berkata, dia menyedari perkara itu selepas suaminya tertidur dan tidak memberi respons apabila dikejut.