Rumah ken4 pecah m4suk, Ida dir0gol hingg4 h4mil. Aku t4nya kenapa tak lawan, jawapan Ida buat aku terkedu
Aku ada seorang kawan perempuan, baik, solehah. Sama belajar dengan aku dulu. Orangnya ceria, kira kalau tengok watak dia, korang takkan tahu lah rupanya dulu dia adalah mngsa kepada ayahnya sendiri. Aku bagi nama dia ni Ida la nak senang cerita.
Masa aku tahun kedua pengajian di universiti, Ida ni tiba tiba buka cerita tentang dia pernah kena r0g0l dengan ayah sendiri.
Itupun sebab aku pelik, pasal aku nampak dia beli camera cctv tu secara atas talian. Dia tanya aku macam mana nak pasang benda ni. Yelah, kita ni student, benda benda tu mahal ok zaman tu. Beribu ribu. Kluster kayangan je yang mampu beli. Nak buat apa kan.
“Aku nak pasang kat rumah aku, aku risau adik adik perempuan aku”. Then lepas tu barulah dia buka cerita yang dia nak rakam ‘aktiviti’ bapa dia. Dia nak jadikan benda tu bukti, tunjuk ke mak dia.
At the same time, Ida ni dah contact lawyer untuk bantu dia report pasal apa bapa dia buat dari dia kecil. So, lawyer dan doktor untuk buat medical test semua dah ready lah kiranya bila dia nak buka kes ni.
So, cuti musim panas tu, Ida ni balik lah Malaysia dengan semangat kobar kobar nak pasang CCTV tu di rumah sendiri dan nak dakwa bapa sendiri.
Aku tak balik teman dia sebab parents aku jenis tak bagi balik. Duduk oversea tu biar bertahun tahun habis belajar baru balik. Pergi tengok negara orang puas puas. Cari duit sendiri, pastu pergilah travel. Tu pesanan ayah aku.
Bila Ida ni balik, gitu gini gitu gini (nak cerita kang panjang nau), akhirnya jadilah kes polis. So, si ayah ni dapatlah surat ‘larangan mendekati’ ke apa entah term dia. Aku pun lupa. Mana aku nak ingat term term akta apa bagai ni.
N you know what? Mak dia punyalah marah ke Ida ni sebab ‘kantoikan’ bapa dia punya perilaku. Kononnya bapa dia somebody la kat negeri XXX tu kan dan sangatlah dihormati.
Jadi seluruh keluarga malu la dengan tindakan Ida ni. So, apa lagi, mak dia pun bagi kata putus macam mak Sabariah dalam cerita Kasim Selamat, “Ko keluar dari rumah ni, ko bukan lagi anak aku kalau ko masih teruskan kes ni”.
Aku tak kisah kalau pembaca nak geram sebab aku pun geram ke mak dia sebab dia ni kerjanya sebagai guru. So bukanlah orang tak berpendidikan. Oklah, aku bagi nama mak dia Nyonya Mansoor. kekekekeke. Sesuai kan.
Oleh kerana Ida ni nak jaga hati mak dia, akhirnya dia pun tarik balik kes ni. Padahal kantoi juga rupanya yang si ayah ni ada skandal dengan adik Nyonya mansoor sendiri.
Dan suprisingly, Nyonya Mansoor pun tahu adiknya yang ustazah tu ada skandal dengan suami sendiri. (ok ini baru introduction, bunyi macam membawang la pula).
So, Ida ni balik semula ke universiti, belajar macam biasa sampai grad. Bila balik Malaysia , dia minta kerja jauh dari negeri asal dia. Kebetulan dapat sama negeri kerja dengan aku.
So, kehidupan kita macam biasalah. Aku tak adalah nak tanya lebih lebih pasal kes beberapa tahun lepas tu. Masing masing mula sibuk macam tu la kan. Jenis aku, orang nak cerita, aku dengar. Orang tak cerita, aku pun tak nak kepoh ambil tahu.
Tiba tiba one day dia cakap nak datang rumah aku. Aku pun ok jelah sebab almost tiap 2-3 bulan sekali memang kitorang akan meet up, lepak tepi pantai ke, hiking ke. Pergi muzium ke. Aku pun siap plan lagi nak bawa dia jalan mana, makan apa semua. Standard la bila member kita datang, of coz excited. Lama tak jumpa pula tu kan.
Dia drive dari tempat kerja dia ke rumah aku. Dalam 2-3 jam ada la juga. Bila sampai je, aku jemput dia ke rumah. Sembang macam biasa tentang tempat kerja best tak, ada banyak makcik bawang tak, ada masalah, suka makan lauk apa kat kantin dan benda benda yang tak menambah manfaat lain.
Kitaorang sembang sampai lewat malam sambil makan megi macam zaman student dulu. Macam biasalah, Ida ni kan ceria orangnya. Aku pun jenis ceria juga. Tiba tiba, si Ida ni cakap..
“Ramli, aku ada benda nak cakap ni”.
Kali ni muka dia berubah serius. Aku pun macam,
“Ha, cakaplah, apa?”
“Aku mengandung”
Sumpah aku tak salah dengar wei. Keluar dari mulut Ida, kawan yang solehah, baik apa segala ni. Adoi, aku tak tahu nak buat reaksi apa, tapi muka aku tetap cool. Tak ada buat muka amuk atau muka xpdc. Cool aje. Muka dia pun biasa biase je.
“Ok, so apa plan ko?”.
Aku tanya simple je. Muka tetap cool, tapi dalam hati tak tahu nak respon apa. Takkan aku nak menangis pula, tengok dia relaks je. Takkan aku nak gelak, orang bukan buat lawak pun.
“Sebab tu lah actually aku datang sini jumpa ko. Aku nak minta ko teman aku ke klinik untuk gugurkan baby ni. Aku dah survey klinik mana boleh buat”.
Kata Ida panjang lebar sambil bentang plan esok hari apa yang dia nak.
“Ok Ida, dont worry, aku teman kan. Cakap je mana, aku bawakan”.
Kebetulan memang klinik tu dekat dengan pejabat aku. Kira aku pergi pejabat, drop dia, dia setelkan urusan dia, dan lepas setel, aku ambil dia balik lah. Camtulah plan nya. Aku tak rasa aku sanggup masuk klinik tengok prosedur pengguguran bayi. Boleh trauma sis oi.
Serius, masa ni aku langsung tak halang apa apa. Sebab aku rasa aku tak berhak nak keluar ayat acah acah memahami, “aku faham perasaan kau, tapi sebagai muslim berdosa kita buang baby ni”.
Come on la, cakap memang senang. Tak kena kat badan sendiri memanglah kita boleh cakap macam tu kan. Bab ni kalau pembaca nak kecam pun kecamlah.
Ida pun tiba tiba buka cerita tanpa disuruh. Dia cakap ada orang pecah masuk rumah dia, dan r0g0l dia. Then aku cakap,
“Ko nampak siapa tak? apsal ko tak jerit, lawan atau buatlah apa apa yang macam dalam drama tunjuk kan. Gigit ke, tendang anu orang tu ke, takkan ko tak melawan langsung atau tak sedar?”
“Tak Ramli, aku memang tak buat apa. Sebab aku ingat benda ni mimpi. Sejak kecil bila ayah aku selalu sangat r0g0l aku, hampir tiap malam. Jadi sejak tu aku selalu mimpi benda benda ni. Sampai aku tak tahu itu tengah berlaku betul betul ke hanya mimpi sahaja. So, aku memang ingat masa kejadian tu mimpi, jadi aku memang tak buat apa”.
Ya Allah, sumpah time ni aku sebenarnya nak nangis. Rasa nak pelempang bapa dia pun ye kalau ada depan mata. Tapi aku buat cool je. Sebab Ida pun cerita sambil cool je. Setitik air mata pun tak ada. Puas bercerita, kami pun tidur. Aku pun tak tahulah aku tidur malam tu ke tak.
Esoknya, aku pun pandu kereta Ida, bawa sampai ke depan klinik gugur baby tu. Kitorang parking.
“Ramli, betul ker apa yang aku nak buat ni?”
Hmmm. Masa ni memang aku tarik nafas panjang. Aku tanya,
“Kenapa ko nak gugurkan budak ni?”
“Mak aku suruh. Dia cakap, kalau aku bawa balik budak ni, memang dia tak kan terima aku selamanya. Ini bukan cucu dia”.
Nampak tak betapa mak dia boleh bawa watak Nyonya Mansoor. Nampak tak guys??
“Ko tahulah Ramli, aku dengan mak aku dah gaduh besar pasal kes bapa aku dulu. Aku tak nak gaduh lagi pasal kes ni”. Tambah Ida.
Masa ni dah mula keluar drama air mata. Aku pun melalak sama. Entah macam mana nak masuk office jumpa students mata bengkak ni. Adoiyai.
“Ok. Itu permintaan mak kau. Kau sendiri macam mana?”. Tanya aku.
“Aku nak simpan budak ni, aku nak jaga dia. Dia dah duduk dengan aku 4 bulan. Ko ingat tak kita pergi camping dan hiking gunung XXX bulan lepas.
Masa tu aku pregnant dah, tapi aku tak tahu. Punyalah kuat baby ni, aku tak gugur pun waktu hiking, padahal kita hiking dahsyat juga meredah air terjun bagai. Aku pun rasa baby ni kuat. Aku nak jaga dia”
“Macamni lah Ida, aku bukan mak. Aku tak pernah lahirkan anak, kahwin pun tak. Apa kata kau cuba call mak aku, kita sembang sembang dengan mak aku. Mungkin mak aku boleh beri pendapat lebih baik dalam konteks nasihat seorang ibu. Aku tak boleh bagi yang ni”.
Lepas tu aku call mak aku. Mak aku ni memang baik dengan Ida ni sebab sesekali ada Ida datang ke rumah aku (aku duduk dengan parents), bermalam sehari dua kan. Mak aku m4ti-m4ti tak benarkan Ida gugurkan baby tu.
“Tak apa Ida, makcik jaga anak Ida, biar makcik jaga. Ida boleh bersalin kat sini, makcik boleh jaga Ida juga”.
Aku ingat lagi suara mak aku di hujung telefon. Aku bangga dengan mak aku.
“Ida, macam ni lah. Mungkin mak kau tak terima, tapi aku rasa ramai mak mak lain akan terima, Ida. Kau fikir macam ni, kita ni bujang, Allah tak rezekikan kita untuk bertemu jodoh dengan sesiapa lagi. Manalah tahu, hikmah dari ini, kau ada anak sendiri, kau boleh didik sebaiknya, kau boleh berikan agama sebaiknya”.
“Inilah ladang akhirat kau, yang akan mendoakan kau pagi petang siang malam. Mungkin ini caranya Allah nak datangkan tinggalan ‘doa anak yang soleh pada kau’. Kita ni belum tentu berjodoh untuk ada anak sendiri. Mungkin ini ‘rezeki’ kau”.
Kata aku. Ini je kata kata nasihat yang aku bagi dari sepanjang dia menceritakan masalah ini malam tadi.
“Tapi aku faham, tohmahan masyarakat, nasib budak ni nanti tidak mudah. Imej kau sebagai pendidik pun akan terjejas, maruah kau dan keluarga dan macam macam lagi masalah lain akan muncul kemudian nanti. Dan aku pun tak berhak untuk buat keputusan untuk kau. Kau fikirlah betul betul. Kau timbangkanlah options mak kau, mak aku dan kata kata aku”.
Aku beri kata nasihat, terakhir. Berjam jam kami di dalam kereta, di hadapan klinik berbincang. Sambil Ida menangis nangis. Tak tahulah apa perasaan orang yang lalu lalang melihat kami. Mesti orang ingat aku tengah maki maki Ida sampai dia melalak lalak.
Lama Ida diam. Mengesat air mata. Aku pun termenung. Menunggu jawapan Ida.
Sumber: IIUM
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Posting Komentar untuk "Rumah ken4 pecah m4suk, Ida dir0gol hingg4 h4mil. Aku t4nya kenapa tak lawan, jawapan Ida buat aku terkedu"