Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

😱😱😱Nasib ikut mertua kenapa saya jadi macam ni please !!!!Baru Nak Selak Baju Tiba Tiba Mertua Datang. Bukan Sekali Tapi Dah Tiga Kali. Isteri Terus Meraung Bila Tiba Tiba Mertua Datang Buat Macam Tu. Akhirnya Ini Yang Terjadi Pada Mertua

salam semua, aku Zaharah. aku dah berkahwin lebih kurang setahun lebih dengan suami tercinta. Awal perkahwinan kami meyewa rumah sewa dikawasan berdekatan dengan tempat kerja suami. Senang untuk suami ulang alik ke tempat kerja dia setiap hari.

Untuk menjimatkan kos dengan gaji suami basic RM 3,000, suami putuskan untuk ulang alik naik motosikal peninggalan ayah dia ke tempat kerja, memandangkan adik beradik suami mempunyai motosikal baru, so motosikal tu memang jadi hak milik suami.

Kereta Viva ditinggalkan dekat aku di rumah untuk urusan aku di rumah kalau tiba2 ada kcmasan di rumah. Sebelum terlupa aku adalah suri rumah sepanjang msa selepas berkahwin. Suami tak izinakan aku bekerja sebab aku boleh tengok2 mak dia iaitu mak mertua aku di rumah.

Mak mertua aku ni kadang ok kadang tak. Adik beradik suami pernah cerita yang mak mertua aku ni terkena penykit meryan selepas melahirkan Siti, iaitu adik bongsu suami aku. Adik beradik sebelah suami ada 5 orang, dan suami aku anak yang ke 3 dari 5. Ada abang 2 orang atas suami dan 2 orang adik perempuan.

Masing2 da bekerja. Yang masih bujang Siti, tapi bekerja di Wangsamaju dan meyewa di sana. Oleh kerana abang Long dan abang Ngah masing jauh dari kampung. Suami putuskan untuk jaga. Abang Long kerja di Sabah tentera laut, manakala abang ngah bekerja di Terengganu, oil dan gas tak salah aku. Abang Long pernah cerita waktu tu umur dia 14 tahun mak mertua melahirkan Siti, ayah mereka terlibat dalam kejadian yang tak diingini sewakatu balik kerja.

Time tu mak mertua tunggu due untuk bersalin dalam wad. Memang terkejut sangat bila dapat berita yang ayah kena lggr lari. Ayah pergi buat selamanya di tempat kejadian. Mak mertua pada mulanya tak tahu apa yang terjadi pd ayah. Selepas selamat bersalin kan Siti, baru mak mertua dapat tahu dari adik beradik dia mengatakan suami dia sudah tiada. Hari kelahiran Siti sama dengan hari pemergian ayah mereka buat selamanya.

So, memang sedih sangat lah bila mak mertua dapat berita macam tu time menunggu ayah mereka di hospital. Mak mertua tak dapat terima kenyataan yang hari bahagia menyambut anak bongsu sama dengan pemergian suami tersayang. Mak mertua menjerit kuat dalam hospital sepeti orang tak waras.

Pak ngah suami lah yang bawa dan ambil mak pulang ke rumah. Mak mertua sempat lihat wajah ayah buat kali terakhir dengan tangisan Siti time tu. Menurut Along lagi, time tu Siti menangis tak henti2 seperti paham pemergian ayah. Mak tak dapat ikut hantar ayah buat kali terakhir atas faktor kesihatan mak yang baru lepas bersalin.

Sejak dari hari tu, mak mertua murung, sekejap menangis, sekejap ketawa. Kadang2 mak tunggu kepulangan ayah dekat tangga waktu maghrib. Along cakap mak mertua memang suka tunggu ayah mertua kat tangga tu, selalu sandarkan muka dekat pemegang tangga kayu tu. Siti time tu tak sampai sebulan memang mak tak jaga.

Along yang paksa mak mertua susukan Siti, sebab mak mertua tak nak susu kan Siti dek kerana terlalu sedih pada waktu. Dia seperti menyalahkan kelahiran Siti penyebab suami dia pergi buat selamanya. Along dan adik beradik time tula jaga mak mertua dan Siti yang masih kecil.

Along juga lah tukarkan pampers Siti, susukan Siti, tidurkan Siti lepas balik sekolah. Hari demi hari pnyakit mak mertua makin teruk. Kadang2 dia bercakap sorang diri. Nasib adik2 Along termasuk suami aku bekerjasama jaga mak mertua walaupun time tu mereka masih di bangku sekolah.

Abang kepada mak mertua, yang dipanggil Pak Teh banyk hulurkan sumbangan semasa mereka bersekolah hingga lah masuk universiti sambung pelajaran. Adik beradik suami semua berpelajaran tinggi hingga ke menara gading. Masing2 mempunyai diploma dan degree termasuk juga lah suami aku.

So, lepas Along dan angah kahwin, mak dijaga sepenuhnya oleh suami dan adik perempuannya. Along dan angah akan pulang sebulan sekali melawat mak. Hinggalah aku dan suami selamat diijabkabulkan, suami berbincang dengan aku agar aku dapat membantunya menjaga mak mertua dirumah.

Aku tak menolak permintaan suami, kerana aku anggap mak dia juga adalah mak aku. Malah aku lebih sayang mak mertua aku sebab kadang2 mak mertua aku ni kelakar kalau pandai layan dia. Aku tak kisah kawan2 cakap aku ni menghabiskan duit mak bapa je study tinggi2 tapi duduk rumah jaga mak mertua. Aku tak kisah sebab ini adalah tanggung jawab aku terhadap suami.

Genap 3 bulan kami berkahwin, aku disahkan mengandung. Syukur sangat rezeki kami dimurahkan. Sewaktu mengandung aku kurang alami alahan. Malah tenaga aku lebih kuat untuk jaga mak mertua sambil membawa baby dalam perut kami. Mak mertua selalu main2 perut aku. Letak telinga dia dekat perut, dia selalu buat lawak baby da keluar nanti nak ajak main masak2.

Memang lawak dan menghiburkan hati aku la waktu. Time tu mak mertua adalah peneman aku dikala sunyi, mak mertua aku juga kawan aku gdh, kawan aku berbaik time suami keluar mencari nafkah. Paling aku tak dapat lupakan dia nak pakai baju mengandung aku.. hahaha.. dia cakap ” mak nak mengandung juga”.. Aku pon blur2 nak cakap apa kat mak mertua time tu.

Cukup 9 bulan 2 hari bukaan aku sudah 6 cm dan aku diwadkan. Nasib baik time tu da pukul 10 malam, suami dah ada kat rumah. Suami yang hantar aku ke hospital ditemani mak mertua, aku cium tangan mak mertua dan suami sebelum masuk ke labor room. Aku pohon doa dari mereka tak lupa juga pada ibu bapa aku yang jauh di kampung, utara tanah air agar mendoakan aku dan baby selamat di lahirkan.

Syukur alhamdullilah, tepat jam 4.15 pagi, aku selamat melahirkan baby boy. So, bermula lah episod aku berpantang dirumah. Aku decide nak berpantang dirumah sendiri sebab nak jaga mak mertua sekali. Suami setuju dengan permintaan aku. Cuma mak dan ayah aku agk kurang setuju sebab yelah mana nak jaga baby dan mak mertua yang skit lagi kan. Aku kuatkan semangat dan aku cekalkan hati untuk cuba.

Alhamdullilah baby pertama kami yang aku panggil Along membesar dan kurang terkena demam. Hari demi hari aku seronok jaga mak mertua dan Along dalam rumah. Untuk pengetahuan aku memang menyusukan badan pada Along, sebab nak jimat kos.

Along dah masuk usia 6 bulan. Suatu hari aku tengah masak, mak mertua pula asyik leka bermain dengan Along. Tiba2 aku dengar tangisan Along. Cepat2 aku pergi ke hall dan aku rasa Along haus. Mak mertua di tepi Along sambil main tepuk2 nak senyapkan Along dari menangis.

Aku angkat Along kat atas riba, baru nak selak baju, tiba mak mertua bangun spk badan Along. Allah!! Memang aku terkejut dengan tindakan mak. Secara tiba2 memang tak jangka mak mertua nak kasari badan Along yang dalam dakapan aku. Bukan sekali tapi lebih dari 3 kali mak mertua buat macam tu pada Along. Nasib baik aku pangku Along dengan kuat, kalau tak memang tercampak Along dari riba aku. Aku jerit

“MAK!! MAK!! APA NI!! BAWA MENGUCAP MAK “

Mak mertua aku lari sambil tunjuk good dan cakap ‘ padan muka ko Along, tulah nak nangis sangat kan, ko mak ko peluk ko diam, bila aku ajak main ko nangis!’ Allahu memang aku menangis jerit mak time tu, aku bangun masuk bilik terus call suami bagi tau tindakan mak mertua tadi. Suami terkejut mengucap panjang balik terus ambil cuti half day. Sampai je dirumah suami peluk mak mertua dan tanya kan kenapa mak mertua buat macam ni. Mak mertua gelengkan kepala dan cakap,

” Aku benci Along, bawa dia keluar” Malam tu juga suami call abang long dan abang ngah, serta adik dia yang perempuan. Keesokan nya mereka pulang kerumah untuk lihat mak. Mereka berbincang sesama adik beradik termasuk aku sekali. Suami berbincang untk hantar merawat di rumah orang2 tua. Biar ada kaunselor yang merawat mak

Suami tak sanggup tinggalkan aku dan Along dirumah bersama mak mertua, takot tindakan mak mertua di luar jangkaan nanti. Mula abang long agak keberatan, sebab itu kan mak dia. Tapi atas faktor kerja yang jauh, Abang long terpaksa akur juga. Adik beradik suami yang lain turut bersetuju sebab masing2 ada komitmen dan tiada masa untuk jaga mak mertua.

Aku memang rasa serba salah sangat, pasal aku mak mertua terpaksa dihantar kerumah orang tua yang ada rawatan. Aku memberi cadangan pada mereka agar mak mertua dihantar tapi bukan selamanya. Aku mampu jaga mak mertua tapi bukan pada masa sekarang.

Aku minta kalau Along berusia 4 tahun, aku rela jaga mak mertua kembali, biar Along besar dan pandai sikit. Adik beradik suami setuju dengan cadangan aku berikan. Maka bermulalah sesi menghantar, mendaftar dan merawat mak mertua di pusat jagaan orang tua2. Semua adik beradik suami pergi hantar mak mertua di pusat jagaan tu termasuk aku.

Masing2 menangis menitis kan air mata lihat mak mertua, sayu je mak mertua lambai seperti seronok duduk disana. Aku paham dia tak mengerti apa2 lagi. Aku minta maaf sangat pada suami sebab aku mereka terpaksa hantar mak mertua di rumah jagaan orng tua. “Buat mak, maafkan Zaharah mak. Zaharah janji akan ambil mak semula lpas Along umur 4 tahun. Maafkan Zaharah mak…”

Kredit Cerita Ohsem. Kisah diatas pernah tular sebelum ini. Tidak dapat kami pastikan samada berdasarkan kepada kisah benar atau rekaan semata mata. Jika benar, kami doakan semoga urusan Zaharah dan keluarganya dipermudahkan. Moga diberikan kesembuhan kepada mak mertuanya. Apa pula kata anda.

Posting Komentar untuk "😱😱😱Nasib ikut mertua kenapa saya jadi macam ni please !!!!Baru Nak Selak Baju Tiba Tiba Mertua Datang. Bukan Sekali Tapi Dah Tiga Kali. Isteri Terus Meraung Bila Tiba Tiba Mertua Datang Buat Macam Tu. Akhirnya Ini Yang Terjadi Pada Mertua"