Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Lelaki Cabar Orang Melayu Islam Berdepan Secara One-By-One. Lelaki Yang Mengenakan Seluar Jeans Lusuh Pendek Dan Berbaju Merah Itu Juga Telah Mencabar Orang Islam Supaya Mencari Dan Berhadapan Dengannya Jika Berani.DOAKEBAIKAN


Lagi kes hina agama Islam, lelaki cabar orang Melayu Islam berdepan secara one-by-one  “Islam itu hanya di **** aku, semua orang Islam penakut (pengecut) hanya berani bila ramai. Kenapa pergi pukul orang itu ramai-ramai kalau berani pergilah seorang, lama dah aku cakap Islam ini ****, kamu semua macam kera (monyet),” cabar lelaki tersebut. PETALING JAYA – Sejak kebelakangan ini ramai individu dilihat cuba membuat provokasi di media sosial dengan membuat kandungan menghina agama Islam. Terbaharu, menerusi sebuah klip video yang dikongsi di laman Facebook IRDK Respond Team, seorang lelaki dengan biadap telah menghina agama Islam. Malah, lelaki yang mengenakan seluar jeans lusuh pendek dan berbaju merah itu juga telah mencabar orang Islam supaya mencari dan berhadapan dengannya jika berani. Berdasarkan klip video berdurasi empat minit 13 saat itu juga, lelaki terbabit menggambarkan Islam dan penganutnya sebagai pengecut. “Islam itu hanya di punggung aku, semua orang Islam penakut (pengecut) hanya berani bila ramai. “Kenapa pergi pukul orang itu ramai-ramai kalau berani pergilah seorang, lama dah aku cakap Islam ini jahat, kamu semua macam kera (monyet),” cabar lelaki tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana lokasi lelaki tersebut berada dan bila klip video tersebut dirakam. Namun, berdasarkan loghat yang digunakan lelaki itu, difahamkan dia berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur ataupun di sebelah selatan negara jiran, Thailand. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam lelaki tersebut dan mahu pihak berkuasa menyiasat klip video itu. “Semakin ramai yang berani menghina agama Islam, pihak berkuasa sila tangkap segera orang ini,” tulis Ema Efendi. “Aih bro, bro menjual ke tu? kalau ada yang nak membeli kejap lagi pecah bibir bro tu, bila luka berdarah baru ada akai,” kata Azie Safiya. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ranger Hijau. “Bunyi ko kecek (percakapan) macam orang belah negara jiran (Thailand),” katanya.. Baca Artikel Penuh : https://www.malaysiahariini.com/2022/07/lagi-kes-hina-agama-islam-lelaki-cabar.html?m=1
 

Posting Komentar untuk "Lelaki Cabar Orang Melayu Islam Berdepan Secara One-By-One. Lelaki Yang Mengenakan Seluar Jeans Lusuh Pendek Dan Berbaju Merah Itu Juga Telah Mencabar Orang Islam Supaya Mencari Dan Berhadapan Dengannya Jika Berani.DOAKEBAIKAN"