Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Baru kahwin tak sampai sebulan..” Norhakim meninggal dunia kemalangan Kancil bertembung bas ekpres. Salam takziah buat lsteri

Kuala Krai: Peniaga maut selepas kereta dipandu hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 71 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, dekat Kampung Damar, di sini, hari ini.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian 4.15 petang itu, pemandu Perodua Kancil, Mohamad Norhakim Nor Rusdi, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit serta mengalami kecederaan parah.

 

              

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu bas ekspres hanya mengalami luka dan calar di tangan sebelah kiri serta bawah dagu.

  

Mengulas lanjut Suzaimi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Baru Kahwin 13 Ogos Hari Tu

Menurut info dari pembaca dan juga kenalan mangsa, arwah baru sahaja mendirikan rumahtangga pada 13 Ogos yg lepas.

“Innalillahiwainnailaihirojiun….. Semoga si isteri tabah & kuat hendaknye.. baru je kawin 13/8 hr tu..salam takziah….” – Aziatul Akma

   

 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.20 petang dan sepasukan enam anggota dari BBP Kuala Krai serta dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu bas ekspres, Perodua Kancil dan Perodua Kelisa.

  

“Seorang lelaki tersepit dalam kereta Perodua Kancil dan berjaya dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas yang mengambil masa selama 15 minit, namun disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Sumbee HM

Posting Komentar untuk "“Baru kahwin tak sampai sebulan..” Norhakim meninggal dunia kemalangan Kancil bertembung bas ekpres. Salam takziah buat lsteri"