Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Rentap Tangan Hingga Terkehel & Siram Air Ke Muka, CCTV Bongkar Pembantu Rumah Aniaya 2 Anak Majikan

Seorang pembantu rumah warga Indonesia direman selama empat hari bagi membantu siasatan kerana dipercayai menganiaya dua beradik yang merupakan anak majikannya di sebuah taman perumahan di Kuala Terengganu pada Ahad lalu.

Aniaya dua anak majikan

Memetik laporan Kosmo, suspek yang berusia 48 tahun itu dipercayai merentap tangan kiri mangsa dengan kuat sehingga terkehel selain menyiram air secara berterusan ke wajah salah seorang kanak-kanak berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md, perbuatan kejam suspek terhadap mangsa yang berusia 20 bulan dan tiga tahun itu hanya terbongkar selepas ibu bapa mangsa melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah terbabit.

Susulan daripada itu, ibu bapa mangsa telah tampil membuat laporan polis dan suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula Isnin hingga Khamis bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan. Tambah Abdul Rahim Md, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)( a ) Akta Kanak Kanak 2001.

Sumber: Kosmo

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Posting Komentar untuk "Rentap Tangan Hingga Terkehel & Siram Air Ke Muka, CCTV Bongkar Pembantu Rumah Aniaya 2 Anak Majikan"