Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Momen Pertemuan IQBAL & Vida Di Sebuah Restoran, Ini Yang Terjadi Selepas Itu Buat Ramai Terharu.

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan kemesraan terjalin antara usahawan kontroversi, Dato Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna dikenali @__akakaiskrim, Iqbal dan Vida dilihat nyanyi bersama dalam sebuah penggambaran yang dipercayai berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bukan itu sahaja, malah pelakon Azad Jasmin turut serta kelihatan disitu sebagai ‘pengarah’ dan ‘penyanyi latar’.

Dalam video itu, Iqbal menyanyikan lagu single miliknya berjudul Hujan dan Ku Ikhlaskan oleh Vida yang sememangnya membawa maksud yang begitu mendalam dan ‘padan’ dengan situasi yang pernah dilalui oleh mereka berdua.

Cinta berputik kembali ke?

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di mana ramai terhibur dengan aksi yang ditunjukkan oleh mereka berdua termasuk Azad Jasmin yang tidak pernah gagal menunjukkan sisi lucunya sebagai seorang penghibur.

Malah, ada yang tertanya-tanya sama ada putik-putik percintaan DSV dan Iqbal kembali semula setelah terputus separuh jalan pada tahun lalu.

Aku rasa dorang kahwin nanti…

Tidak kurang juga mendoakan agar jodoh mereka berdua kuat dan berkahwin juga nanti.

Cik B dan Kacak dah tengok ke ni?


Momen Pertemuan IQBAL & Vida Di Sebuah Restoran, Ini Yang Terjadi Selepas Itu Buat Ramai Terharu.

Pelakon, penyanyi dan usahawan viral, Iqbal Zulkefli menegaskan perjumpaan dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida semalam bukan dibuat-buat.

Malah, Iqbal memberitahu sudah setahun tidak berhubung dengan bekas wanita yang hampir menjadi suri hatinya itu.

“Setelah setahun tidak berhubung dengan Datuk Seri Vida.

“Kali terakhir kami berbicara baik pada bulan September tahun lepas. Biarlah saya mengalah dan dimarahi asalkan kami tidak hidup bermusuhan.

“Ada yang ingat ini drama buat-buat? Untuk marketing? Tidak sama sekali. Jika ada yang perasan, lima tahun lepas kisah saya dengan Dato Seri Vida pernah viral.

“Cuba baca, kenyataan saya tetap tidak berubah. Tidak mungkin drama ini diatur sejak lima tahun lalu lagi betul?” tulisnya pada kapsyen video di Instagram.

Dalam video berkenaan Iqbal yang berbaju batik ‘menerjah’ Vida yang sedang berdiskusi bersama beberapa individu lain di meja makan sebuah restoran.

“Awak ingat saya ni apa, datang terjah saya depan rakan bisnes saya. Kat drama hari tu lain, datang macam ni suka hati.

“Mu nak datang nak pergi, nak cerita tak nak, nak nikah tak nak. Ingat tak apa yang berlaku?” sergah Vida dalam nada meninggi suara.

Sambil merekod, momen pertemuan itu memperlihatkan reaksi Vida yang ternyata kaget dan terkejut dengan kemunculan spontan Iqbal.

“Saya takut jadi fitnah lain kan dikata saya datang bawa sihir, saya rekod awal-awal hal sebenar. Apapun komen baik buruk, pendapat kalian, saya terima,” kata Iqbal lagi.

Dalam pertemuan itu, Iqbal dan Vida kembali berdamai.

Sumber : Gempak, youtube, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Posting Komentar untuk "Momen Pertemuan IQBAL & Vida Di Sebuah Restoran, Ini Yang Terjadi Selepas Itu Buat Ramai Terharu."