“Kau tunggu jela kene kutip” Tendang & Tampar Budak Tahfiz, Aksi ‘Biadap’ Lelaki Ini Buat Netizen Berang!
Entah lah dimana hati perut mereka namun sikap membuli ini patut dibendung dan dihentikan dengan segera.
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar tahfiz dibuli di dalam sebuah surau mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram @act431_775, dapat kita lihat seorang lelaki yang tidak berbaju memanggil seorang pelajar keluar. Dia kemudian menengking sebelum menendang dan menampar pelajar itu.
Tidak dapat dipastikan dimana berlakunya kejadian tersebut namun daripada perbulan mungkin ianya berlaku di sebelah Pantai Timur.
“Sumpah aku geram sangat dengan orang macam ni” ujarnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa tidak puas hati melihat lelaki tersebut yang ‘acah’ gangster memukul budak tahfiz yang berada di situ.
Bukan itu sahaja, netizen juga menyeru pelaku disiasat dengan segera oleh kerana perbuatannya yang dilabel sangat biadap dan tidak berperikemanusiaan.
Antara komen warga maya:
“Mohon segera ambil tindakan, apa pun kesalahan pelajar kategori budak budak macam tu tak boleh dilakukan seperti itu”
“Kau rasa kau besar sangat lepuk budak2 tahfiz ye.. Takpe, kau tunggu nasib kau nanti. Kau ingat kau boleh lepas?”
“Mohon cari pijak beramai-ramai”
“Kau tunggu ajelah kejap lagi kena kutip”
“Tak sabar tunggu video diorang kena tibai”
“Kurang ajar, tak guna betul”
“Seram bulu roma tengok”
Video yang tular di laman Instagram.
Memang biadap! Apa-apa pun kita tunggu keterangan penuh daripada pihak polis.
sumber: yoynetworkyoynetwork
Posting Komentar untuk "“Kau tunggu jela kene kutip” Tendang & Tampar Budak Tahfiz, Aksi ‘Biadap’ Lelaki Ini Buat Netizen Berang!"