Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Dikr1tik Menari L*c4h, Baby Shima Salahkan Imaginasi Penonton Fikir Ke Arah Itu

Gara2 video teaser lagu baharu yang dimuat naik oleh usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, penyanyi Baby Shima turut menerima tempias kec4man netizen kerana dilihat kurang sopan ekoran bergelek dan berpakaian menc0lok mata.




Shima atau Nur Ashimah Ramli, 30, enggan ambil pusing dengan komen pedas netizen malah sudah terbiasa dengan situasi berkenaan.

Baginya, dkwaan mengatakan aksinya keterl4luan atau l*c4h hanyalah imaginasi penonton yang terfikir ke arah itu.






“Saya tidak ambil kisah dengan komen netizen lagi sebab memang tidak boleh dikawal apa yang mereka mahu katakan. Kalau kata l*c4h itu mungkin kerana mereka terlalu banyak berimaginasi.

“Biarlah orang nak kec4m. Saya tidak boleh halang semua itu,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Shima turut menjawab kekeliruan peminat tentang kerjasama bersama Aliff dalam lagu berjudul Baby Sayang itu kerana sebelum ini hubungan mereka dikatakan tidak baik.

Berada di bawah satu syarikat pengurusan, Shima menjelaskan tidak menjadi kesalahan untuk mereka berduet dalam lagu tersebut dan isu pertelingkahan antara mereka sebelum ini sudah pun selesai.

“Saya ada bertemu Aliff sebelum ini dan kami saling bermaaf-maafan. Cuma perkara tersebut saya tidak pernah kongsi di media sosial. Semuanya sudah selesai.

“Sekarang kami di bawah syarikat pengurusan yang sama, jadi apa salahnya buat kerjasama dengan tampil lagu baharu ini,” jelasnya.

Terdahulu video yang dimuat naik oleh Aliff mendapat respons netizen yang merasakan aksi mereka keterlaluan.



Isu ini juga mendapat perhatian pendakwah bebas Da’i Wan Dazrin yang menganggap tegurannya terhadap Aliff sebelum ini sia-sia kerana masih terus melakukan kaedah pemasaran sebegitu.

Sebelum ini Aliff sudah menerima kritikan teruk selepas tampil dengan lagu Kelepok Raya yang menunjukkan aksi lelaki lembut menari sehingga dia dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi keterangan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami 

Sumber: Mstar






PERHATIAN: Pihak  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Posting Komentar untuk "Dikr1tik Menari L*c4h, Baby Shima Salahkan Imaginasi Penonton Fikir Ke Arah Itu"