Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“dijemput secara berbayar…” Ifa Raziah tegaskan dirinya bukanlah seorang perempuan mur4han, masih punyai harga diri.

Nama penyanyi dangdut Ifa Raziah menjadi perhatian ramai selepas dikatakan bergelek sakan di sebuah majlis akikah pasangan Addy Kana yang diadakan baru-baru ini.

Terima kasih Kak Ifa Raziah sudi memeriahkan majlis saya…

Meskipun hebat menerima kritikan warganet, ‘tuan majlis’ iaitu Addy Kana menitipkan ucapan terima kasih kepada penyanyi tersebut kerana sudi menerima undangan bagi memeriahkan majlis akikah anaknya, Aeyden Mateen.

“Terima kasih kak Ifa Raziah memeriahkan majlis saya. Mereka takkan faham atur cara majlis. Yang pasti semasa majlis akikah semua dalam keadaan tertib dan hormat.”tulis Datuk Addy Kana dalam ruangan komen perkongsian Ifa Raziah di Instagram.

Susah nak terangkan pada netizen yang mindset ahli syurga ni…

Dalam pada itu, Datuk Addy Kana yang dikaitkan dengan kontroversi ‘Macau Scam Malaysia’ mengatakan ia agak sukar untuk menerangkan situasi sebenarnya kepada warganet pada masa ini memandangkan masing-masing mempunyai tahap pemikiran seperti ahli syurga.

Addy Kana berkata, teguran yang diberikan oleh warganet itu bagus namun apabila seseorang (Ifa Raziah) itu mahu menerangkan situasi sebenar, mereka terus menukar pandangan dengan menyalahkan ia adalah tidak betul.

Addy meluahkan masing-masing mempunyai hak untuk mengatur majlis dan sekiranya tidak suka, mereka tidaklah perlu melihat dan komen terhadap sesuatu perkara.

Video Player
00:00
00:14

Tak suka pun takde hal lah..Tak semua orang suka kita dan kita tak perlu suka semua orang

Ifa Raziah dalam pada itu memberitahu dirinya tidak kisah dengan pandangan orang lain sama ada mereka menyukai atau membencinya.

Terdahulu, Ifa mendedahkan dirinya hanyalah bergelek selepas tamatnya majlis akikah yang sebenar dan dia dijemput secara berbayar dan bukannya percuma. Malah, penyanyi berusia 47 tahun itu menegaskan dirinya bukanlah seorang perempuan murahan kerana dirinya masih mempunyai maruah diri.

Sumber: TikTok @ifa_raziah, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Posting Komentar untuk "“dijemput secara berbayar…” Ifa Raziah tegaskan dirinya bukanlah seorang perempuan mur4han, masih punyai harga diri."