Dib4kar hidup-Hidup s3lepas m3nolak Pin4ngan kerana ibu bapa tidak merestui lebam di m4na-mana sehingga kulit mengelupas
Gulnaz Khatoon, 20, diserang di perkampungan terpencil Rasoolpur, negeri Bihar pada 30 Oktober lalu.
Akibat serangan itu, mangsa yang melecur 75 peratus di badan meninggal dunia pada Ahad lalu selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Patna.
Keluarga mangsa mendakwa sebelum menghembuskan nafas terakhir, mangsa sempat memberitahu identiti suspek iaitu rakan sekampung dikenali sebagai Satish Rai.
Namun, sehingga kini polis masih gagal mengesan suspek bersama dua rakan yang turut terbabit dalam serangan itu.Adik mangsa, Gulshan Parveen berkata, Satish Rai kerap mengganggu dan memaksa kakaknya untuk berkahwin sejak tiga bulan lalu dan telah melaporkan perkara itu kepada polis namun tiada sebarang tindakan diambil.
Pembunuhan tragis itu turut menarik perhatian ketua pembangkang India, Rahul Gandhi yang menuntut pihak polis dan pemimpin tempatan supaya membela kematian mangsa.
Bihar ketika ini dikuasai parti nasionalis Hindu, Bharatiya Janata (BJP) yang ahlinya kerap dikaitkan dengan kes rogol dan gangguan seksual. – Agensi
Posting Komentar untuk "Dib4kar hidup-Hidup s3lepas m3nolak Pin4ngan kerana ibu bapa tidak merestui lebam di m4na-mana sehingga kulit mengelupas"