Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

[VIDEO] M3sej tul4r Culik, ju4l 0rgan k4nak-Kanak p4lsu: PDRM,Jen4yah yang s3ngat meny3dihkan terhadap kanak-kanak "Pelaku tidak berakhlak" Untung besar tetapi merugikan orang lain.Baca Artikel Penuh:

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan mesej tular berkaitan kegiatan menjual organ diambil daripada kanak-kanak yang diculik untuk dijual ke negara jiran.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, mesej itu mendakwa kononnya polis menemui enam kanak-kanak diculik di mana tiga daripada mangsa tidak berupaya bercakap kerana disuntik bahan kimia sebelum dihantar ke negara jiran terbabit.


“Semakan mendapati mesej palsu tersebut telah tular sejak tahun 2017 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial.

“PDRM mengesahkan bahawa tiada sebarang laporan diterima berkaitan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak seperti yang didakwa,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Skandaguru berkata, tindakan menyebar mesej palsu tanpa usul periksa boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998 atas kesalahan penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan berita-berita tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya,” ujarnya.



Posting Komentar untuk "[VIDEO] M3sej tul4r Culik, ju4l 0rgan k4nak-Kanak p4lsu: PDRM,Jen4yah yang s3ngat meny3dihkan terhadap kanak-kanak "Pelaku tidak berakhlak" Untung besar tetapi merugikan orang lain.Baca Artikel Penuh:"