Sesat Di Perkampungan Hindu, Lelaki Muslim Dibogelkan Dan Dipukul Kejam
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
MALDA, 07 Julai 2022 – Seorang lelaki Muslim telah dibogelkan dan dipukul dengan kejam apabila beliau tersesat di Ramnanth Pur, sebuah perkampungan yang dihuni oleh majoriti Hindu.
Beliau, Fajar Ali, 29, merupakan seorang ahli Jamaah Tabligh yang berasal dari Assam.
Dalam video yang berdurasi 30 saat itu menunjukkan sekumpulan pelampau Hindu memukul Fajar Ali menggunakan sebatang kayu.
Susulan daripada video tular tersebut, pihak polis Malda telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan.
Katanya, pihaknya mengambil maklum akan video tersebut dan kes sedang disiasat.
“Kes telah pun didaftarkan dan dua orang yang terlibat telah ditahan.”
Dalam kenyataan itu juga, polis mendakwa bahawa lelaki itu kononnya mengalami masalah mental.
“Lelaki itu mengalami masalah mental dan memotong rambut serta janggutnya sendiri ketika berada di Masjid Bakharpur dan dari situlah dia hilang.”
“Keesokan harinya dia ditemui berbogel di mana dia mengejar beberapa wanita tempatan dan menggigit seorang lelaki. Tanpa menyedari keadaan mentalnya, penduduk tempatan bertindak memukulnya namun, dia dapat melarikan diri dan dibawa pulang ke Bakharpur.”
Mengulas lanjut polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan khabar angin dan mengingatkan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang menyebarkannya.
Posting Komentar untuk "Sesat Di Perkampungan Hindu, Lelaki Muslim Dibogelkan Dan Dipukul Kejam"