Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

"Salah orang kau scam bro" - Scammer tak tahan muntah paku merayu pulangkan duit

Bukan suatu yang baharu lagi bagi isu scammer, malah semakin berleluasan scammer buat kerja menipu orang ramai demi mengaut keuntungan dengan mudah tanpa memikirkan akibatnya.

Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.

Bagaimanapun orang ramai sudah sedia maklum untuk sentiasa berjaga-jaga dengan helah licik scammer ini, namun masih ada saja yang terjerat dalam perangkap mereka.

Ada juga yang enggan melaporkan isu ini kepada pihak polis kerana beranggapan akan mengambil masa yang lama dan melalui prosedur yang menyulitkan. Oleh itu, mendorong mereka untuk bertindak sendiri.

Itulah yang dilakukan oleh seorang individu apabila dia bertindak menyantau seorang scammer yang telah menipu dan mencuri duitnya.

Baru-baru ini tular perbualan tangkap layar antara scammer dan mangsa di laman Twitter yang dikongsikan oleh @alffm_ pada beberapa hari lepas.

Menurut gambar yang dikongsi, mangsa berjaya menghantar santau kepada scammer sehingga individu tersebut muntah paku selama tiga hari berturut-turut.

Dikeranakan tidak dapat menahan siksa, scammer dilihat merayu kepada mangsa agar berhenti menyantaunya dan akan memulangkan kembali duit yang dicuri.

Walau bagaimanapun, mangsa tidak berkompromi dengan scammer tersebut malah sempat mengugut agar segera memulangkan semula duitnya sebelum dia bertindak lebih agresif.




Kini, ciapan tersebut berjaya meraih perhatian ramai dan mendapat pelbagai reaksi. Dalam masa yang sama, ramai tergamam melihat perbualan tersebut serta ada yang setuju dengan tindakan mangsa namun ada juga yang sebaliknya. 




Posting Komentar untuk ""Salah orang kau scam bro" - Scammer tak tahan muntah paku merayu pulangkan duit"