Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Rupanya Pihak Berkuasa Dah Bebas Nuramira, Tapi Bila Di Hantar Kerumah Mak Sedara Tak Ada Org Nak Terima

Siti Nuramira Abdullah, yang sebelum ini didakwa di mahkamah sivil, tidak didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Hannann Syoffeeya Zainal Syahrir, pembantu peguam R Sivaraj Hannann, berkata Siti Nuramira dibebaskan dengan jaminan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada jam 10 malam, semalam.

Katanya, peguam menerima panggilan daripada pegawai Jawi bagi memaklumkan pembebasan wanita itu tanpa jaminan atau bon oleh Jawi.

Lepas Bebas Dia Pergi Rumah Ibu Saudara Tapi Ditolak..

“Sejurus dilepaskan, Siti Nuramira dibawa ke rumah ibu saudaranya di Kelana Jaya, Selangor tetapi dia keberatan untuk menerima anak saudaranya itu.

Hannann Syoffeeya berkata, Nuramira kemudian dibebaskan di Kuala Lumpur dan dibawa bertemu peguam dan dihantar pulang ke rumahnya di Petaling Jaya.

“Akhirnya kami sampai di rumahnya sekitar tengah malam, Alex terkejut dan mereka berpelukan satu sama lain,” kata Hannann Syoffeeya.

Semalam, penguat kuasa agama yang enggan dinamakan berkata wanita terbabit akan ditahan selama 24 jam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Jawi menahannya selepas dia dibebaskan setelah membayar wang ikat jamin di mahkamah sivil setelah didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut Islam.

Nuramira mencetuskan kontroversi dengan membuka baju kurung, tudung dan kain selepas mengaku menghafal 15 juruk al-Quran, dalam persembahan komedi di Kuala Lumpur.

Kekasihnya V Alexander Navin turut dihadapkan ke mahkamah kerana mengedarkan rakaman persembahan itu manakala pengasas bersama Crackhouse Rizal Van Geyze disiasat polis.

Sumber : Malaysia Kini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Posting Komentar untuk "Rupanya Pihak Berkuasa Dah Bebas Nuramira, Tapi Bila Di Hantar Kerumah Mak Sedara Tak Ada Org Nak Terima"