Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Memalukan, takde maruah..”- Pelanggan lelaki peluk pelayan wanita jual air buah dikecam

PETALING JAYA – Adegan dua lelaki memeluk seorang pelayan wanita ketika bergambar mengundang pelbagai reaksi di laman sosial.

Menerusi perkongsian satu klip video di laman Twitter Anep memaparkan dua pelanggan lelaki tanpa segan silu telah memeluk bahagian pinggang dan bahu wanita berkenaan sewaktu sedang bergambar.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai makan milik wanita tersebut dipercayai terletak di Setiu, Terengganu.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai terkejut dengan tindakan tersebut yang dianggap memalukan dan tidak bermoral.

“Harap pihak berkenaan dapat memantau dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak bermoral ini,” kata seorang pengguna.

“Pihak berkuasa kena ambil tindakan segera. Rosak nama negeri Terengganu,” seloroh Shuhada.

“Yg laki 2org tu, klau xkwin lg.. Xpela, klau ada isteri, sedihnya si istri, duk rmh jaga ank sorang2,masak lg, kmas rmh lg, ini balasan sang suami… snggup ke sang suami tnggal anak isteri drmah, demi bnda mcmni… Semoga Allah jauhkn suamiku dri bnda lalai mcmni.. Allahu… ” – Suhaila

“martabat perempuan tinggi . Tapi kenapa mesti kau yang rosakkan ye . Dalam hati tuu tak ada perasaan malu dan takut ke dekat Allah ? Semoga Satu Hari Nanti Allah Jentik Hati Kakak Untuk Berubah Dan Bertaubat .” – Farahin

“Murahnya kamu wahai perempuan. Sedih tgk keadaan camni berlaku, kerana Nabi Muhammad S.A.W telah bermati2an mengangkat martabat seorang perempuan, tapi kamu sewenang2nya menjatuhkannya kembali…Allahu…” – Zandra 





Posting Komentar untuk "“Memalukan, takde maruah..”- Pelanggan lelaki peluk pelayan wanita jual air buah dikecam"