Lelaki ‘P3ning’ Tunang Mer4juk Sampai Sanggup Berdiri Dalam Hujan
Bukan hanya merajuk malah wanita itu juga siap berdiri di dalam hujan sebagai tanda protes sekaligus membuatkan ramai berdekah melihatnya. Video yang dikongsikan ini juga tular dengan lebih dua juta tontonan setakat ini.
Menerusi video yang dikongsikan ini, lelaki itu menunjukkan kerenah tunangnya yang merajuk gara-gara diusik olehnya sebelum itu. Apa yang melucukan ialah wanita itu siap berdiri di bawah pokok dalam keadaan hujan yang sedang turun.
Lelaki itu kemudian memujuk wanita itu untuk masuk ke dalam rumah namun langsung tidak dilayannya. Malah wanita itu juga siap berdiri di kawasan yang terkena hujan dan sengaja membiarkan dirinya basah dek air hujan itu.
Dalam masa yang sama, lelaki itu turut sama berdekah melihat gelagat tunangnya ini dan buntu memikirkan cara untuk memujuknya. Di ruangan komen, rata-rata netizen juga terhibur dengan kerenah wanita itu dan menganggap ini adalah situasi biasa bagi para wanita yang suka merajuk.
“Haha comel ah dia merajuk.”
“Tu sebab takde kilat je kalau ada kilat mahunya masuk terus.”
“Kalau guruh mesti masuk punya.”
“Yang ni lawak.”
PERHATIAN: Pihak Sembang Dunia tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Sembang Dunia Ya. Terima Kasih
SUMBER:TIK TOK / himpunanceritalawak
Posting Komentar untuk "Lelaki ‘P3ning’ Tunang Mer4juk Sampai Sanggup Berdiri Dalam Hujan"